
Tersimpan Penuh Rahsia dan dinamakan seumpama mimpi. bermula dengan satu angan2,
kemudian menjadi satu mimpi
dalam igauan, lantas menjadi satu impian. kalau hatinya besar, maka ia
akan menjadi satu matlamat hidup. moga kita menjadi manusia yang
mengimpikan sesuatu yang baik2 saja... amin ya Rob...
aku
juga ada impian. Rahsia impian aku. luas seluas bumi dan segala isi Di dunia. sedalam 7 petala langit dan lapisan bumi. mungkin tidak
terbatas. memang begitu kan sikap manusia, mana pernah mengenal erti puas dalam menanam impian. kalau satu dah tercapai, akan wujud
lagi yang baru, lagi dan lagi dan lagi. impian aku paling utama, ingin
membuatkan ibu ayah bangga dengan aku. siapalah aku tanpa keduanya.
Allah mengizinkan mereka berdua menjadi ibu bapa yg melahirkan aku di muka bumi
ini. jadi, sebagai insan yang mahu membalas jasa, bukankah itu yang
paling kita idam2kan sebagai seorang anak. biarlah apa org kata, mencaci
ataupun menhina, yang penting ibu bapa masih mahu menjadikan kita
modal kebanggaan mereka..CUKUP!! kalau kita mahu memikirkan kata2 orang
lain, siapa mereka yang mengetahui susah jerih dan payah hidup ibu bapa
kita,dan diri kita sendiri. maka, abaikan saja..
aku bersyukur, hidup di persekitaran yang mudah dekat dengan siapa sahaja.
Entah la, bagi aku aku mudah dekat dgn siapa saja, walaupun pernah ada melabelkan aku sombong atas dasar mereka tidak kenal siapa aku. tp, bila sdh kenal, ya this is who i am... aku juga diizinkan Allah untuk bertemu dengan insan-insan yang begitu ambil berat dengan aku. kadang2 aku terfikir, siapa aku dalam hidup orang lain sehinggakan ada yang sanggup mengambil berat tiap inci hidup aku. tapi bila ada yang mengatakan yang tindakan yang dilakukan adalah kerana Allah, aku jadi luluh.hati tambah parah. sebab segala budi yang ditabur adalah menjadi tanggung jawab aku untuk membalas. walaupun tidak pernah secalit pun terluah sebutir kata meminta balas,tapi itu tanggung jawab aku. apa yang terlintas di fikiran aku kini,
mahu membuat sesuatu yang membanggakan utk insan ini.
.......(^_^)....
dipanjatkan buat Sang Pencipta agar aku di murahkan rezki dan di permudahkan jalanuntuk menggembirakan hati orang lain. apa lagi yang aku mampu lakukan sebagai seorang hamba
Allah yang sangat lemah dan tidak punya apa2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan